Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM )

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di negara Malaysia. Bola sepak tiba di Malaya dengan British. Orang-orang tempatan kemudiannya mempelajari permainan berkenaan. Tidak lama selepas itu, ia menjadi permainan yang terulung di Malaysia. Sehingga akhir abd ke-19, bola sepak menjadi tiang tengah kepada kebanyakan kelab-kelab sukan di Malaysia. Tetapi ianya tidak distrukturkan. Walaupun Liga Bola Sepak Amatur Selangor. Pejabatnya terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan - pertandingan hanya terhad kepada kelab-kelab di dalam daerah Kuala Lumpur sahaja.FAM merupakan ahli kepada Gabungan Bola Sepak Asia dan FIFA. Presidennya sekarang ialah Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah. Terdapa empat belas persatuan bola sepak negeri di Malaysia.

Awal 1920-an

Seperti mana dunia bola sepak yang lain, penyebaran permainan bola sepak juga berkait rapat dengan migrasi koloni ideologi British.
Adalah dipercayai permainan pertama di Semenanjung Malaysia pada awal 1800-an sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan orang luar adalah tinggi di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor and Negeri Sembilan.

Tunku Abdul Rahman Al-Haj menjadi presiden.

Dalam tahun 1951, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri Malaysia yang pertama - telah menjadi Presiden.

Tahun-tahun di antara 1974 hingga kini

Dalam tahun 1974, pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua - Tun Abdul Razak Haji Hussein, yang telah berkhidmat hanya setahun.Kedudukan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1975. Dalam tahun 1976, Sultan Pahang memegangnya sehinggalah sekarang.

Organisasi FAM

FAM mempunyai Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Pelaksana (Standing Committee). Untuk Jawatankuasa Eksekutif, ahli-ahlinya dipilih melalui kongres FAM tiga tahun sekali.

Presiden FAM

Presiden FAM yang pertama adalah Sir Andrew Caldecott diikuti oleh M.B. Shelley, Dr. J.S. Webster, S.D. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark, yang berkhidmat sehingga 1940 sebelum Eropah menghadapi kancah peperangan dengan Jerman. Pada tahun 1940, kawalan FAM telah berpindah daripada Singapura ke Malaya, dengan A.R. Singham menjadi setiausaha Asian pada tahun 1941.
Presiden FAM yang pertama selepas peperangan adalah J. King, diikuti oleh H. Byson, dan kemudiannya Dr. C Rawson, yang berkhidmat selama dua tahun sebelum mengosongkan kerusi berkenaan kepada individu bukan British mengambil alih kekosongan berkenaan. Pada tahun 1951, Tunku Abdul Rahman (yang menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama) telah menjadi presiden FAM. Di bawah Tunku Abdul Rahmanlah yang mana bola sepak di Malaysia telah memasuki fasa seterusnya, dengan FAM mengambil alih peranan yang lebih besar daripada hanya menjadi tulang belakang organisasi Piala Malaysia.
Cinta Tunku Abdul Rahman pada sukan ini adalah pemangkin utama di dalam pembinaan Stadium Merdeka dan pada tahun 1957 ia menjadi asas kepada semua rakyat Malaysia apabila ia merupakan tempat untuk pengumuman kemerdekaan Malaysia daripada Britain. Ia juga menandakan kelahiran Pestabola Merdeka, yang bertujuan untuk merayakan kemerdekaan. Pestabola Merdeka telah terbukti menjadi kejayaan yang besar, memberi inspirasi kepada kejohanan serupa seperti kejohanan ulangtahun Jakarta Anniversary, Piala Raja Thai di Thailand, dan Piala Presiden di Korea Selatan. Kejohanan pertama – kemudian kejohanan bola sepak yang utama di Asia telah dimenangi oleh Hong Kong. Bagaimanapun, Malaya telah memenangi gelaran berkenan tiga tahun terus menerus di dalam sesuatu masa, pada tahun 1958, 1959 dan kemudian berkongsinya dengan Korea Selatan pada tahun 1960. Negara ini telah berjaya layak ke Sukan Olimpik 1972 dan 1980.
Berikutan dengan perubahan nama kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia pada awal 1960an, Tunku Abdul Rahman berperanan kembali memainkan peranan penting di dalam pembangunan bola sepak menerusi pelbagai kejohanan remaja . Berikutan pengundurannya pada tahun 1974, takhta FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia kedua – Tun Abdul Razak, yang hanya berkhidmat setahun sahaja. Kedudukan ini telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah pada tahun 1976, yang merupakan Menteri Perdagangan dan Industri pada waktu itu. Di antara 1976 dan 1984, pelbagai aktiviti telah diperkenalkan di bawah Tan Sri Datuk Seri Raja Hamzah, dan bola sepak Malaysia telah mencapai satu ketinggian di arena antarabangsa berikutan perlantikan beliau sebagai presiden AFC.
The FAM entered a new era of modernization and professionalism when His Royal Highness the Sultan of Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah, took over. His Royal Highness was integral in the growth of football in the new era with the introduction of the semi-pro league in 1989 before the game went fully professional several years later. Among the high points in Malaysian football under His Royal Highness was the successful hosting of the 1997 FIFA World Youth Championship, as well as the organisation of the Premier League, which has been called the Malaysian Super League since 2004.

Setiausaha Agung FAM

Setiausaha Agung FAM terkini adalah Lt. Jen. (B) Datuk Azzuddin Ahmad. Setiausaha sebelum ini adalah :-
• Datuk Kwok Kin Keng (1951-1980)
• Datuk Paul Murugasu (1980-1985)
• Datuk Paul Mony Samuel (1985-2000)
• Datuk Dell Akhbar Khan Hyder Khan (2000-2005)
• Ibrahim Saad (2005-2007).

Pasukan kebangsaan

Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"), Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.[2]
Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia (Harimau Malaya). Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia dengan para pemain ternama seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan, Zulkifli Norbit dan captain Abdullah Nordin.[2] Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menawan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina di sepanjang perjalanannya. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.
Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.
Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.
Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan kepada penyokong tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan begitu teruk sekali.
Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain untuk RC Strasbourg)dan Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama dengan pemain lain, tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah, masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.
Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin, tetapi populariti langganan TV juga melarikan kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung perlawanan tempatan ke perlawanan Eropah yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.
Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di bawah 23 tahun memberikan sinar harapan apabila memberikan pingat emas kepada Malaysia apabila mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan bukan pilihan (underdog) pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Dengan kemenangan ini, FAM menaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan pada kejohanan seterusnya.

Era Allan Harris

Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang beliau sangkakan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara. Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.
Beliau berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional. Kritikan tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006.
Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.

Era Bertalan Bicskei

Selepas pemergian Allan Harris pada tahun 2004, FAM telah mencadangkan seorang pengganti kepada Harris iaitu Bertalan Bicskei, bekas penjaga gol dan jurulatih kebangsaan Hungary, pada 1 Julai 2004. Jurulatih seperti Bob Houghton dan Dragoslav Stepanovic telah menjadi calon untuk mengisi tempat selaku ketua jurulatih pasukan Malaysia sebelum FAM akhirnya telah bersetuju mengambil Bicskei.
Bicskei telah membawa pasukan Malaysia meraih tempat ketiga pada Piala Tiger 2004, walaupun mempunyai satu pasukan yang dianggap "tidak cukup kuat" oleh media tempatan. Media tempatan tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd Amri Yahyah dan Muhamad Khalid Jamlus, untuk diserapkan ke dalam skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, kedua-dua pemain yang dipilih Bicskei ini menunjukkan kemampuan mereka apabila Khalid berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak kejohanan di belakang penyerang Indonesia, Ilham Jaya Kesuma manakala Amri menjadi tonggak penting dalam kemenangan Malaysia ke atas Thailand dan Indonesia.
Semasa perlawanan persahabatan menentang Singapura di Pulau Pinang pada 8 Jun 2005, Bicskei telah melempar botol ke padang sebelum menerjah salah seorang pemain Singapura atas alasan cuba melindungi pemainnya dan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan oleh pengadil. Pada September 2005, kontrak Bicskei telah ditamatkan FAM. Ini kerana Bicskei cuba mendapatkan lebih banyak perlawanan persahabatan untuk kemajuan pasukan Malaysia, tetapi FAM mempunyai pendapatnya sendiri.

Era Norizan Bakar

Norizan Bakar menjadi ketua jurulatih pasukan Malaysia selepas tamatnya kontrak Bertalan Bicskei. Sepanjang menjadi ketua jurulatih Malaysia, Norizan dikecam hebat oleh media tempatan atas kegagalan pada kejohanan yang disertai skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, Norizan sempat membawa Malaysia memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 2005 selepas menewaskan Indonesia 1-0 dan ke separuh akhir Piala ASEAN 2007, dimana Malaysia tewas menerusi sepakan penalti oleh Singapura. Jawatan Norizan selaku ketua jurulatih dilucutkan oleh FAM selepas persembahan memalukan skuad Malaysia pada Piala Asia 2007 dimana Malaysia tewas 1-5 kepada China, 0-5 kepada Uzbekistan dan 0-2 kepada Iran.

Era B. Sathianathan

Selepas pemecatan Norizan Bakar, B. Sathianathan mengambil alih selaku ketua jurulatih. Meskipun mempunyai reputasi hebat selepas membantu skuad bawah 23 Malaysia menjuarai Pesta Bola Merdeka, B. Sathianathan gagal membawa Malaysia beraksi lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia setelah tewas 4-1 dan seri 0-0 dengan Bahrain pada pusingan kelayakan. Pada tahun 2008, B. Sathianathan membawa Malaysia sekali lagi ke peringkat akhir Pestabola Merdeka. Namun Malaysia tumpas menerusi sepakan penalti kepada Vietnam.
Pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2008, FAM mensasarkan Malaysia mara ke perlawanan akhir. Malaysia bermula baik apabila menang 3-0 dengan pasukan kebangsaan Laos. Walaubagaimanapun, Malaysia tumpas 2-3 kepada Vietnam pada perlawanan kedua kerana kesilapan penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias. Malaysia akhirnya tersingkir apabila tewas 3-0 kepada Thailand dan buat kali pertama tersingkir pada peringkat kumpulan sejak 1998. Status Sathia sebagai jurulatih mula menjadi tanda tanya apabila timbul khabar angin yang mengatakan dia akan digantikan dengan Peter Withe. Walaubagaimanapun kontrak Sathia dikekalkan dengan bersyarat dia perlu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA.
Pada kejohanan kelayakan Piala Asia 2011, pasukan Malaysia mengalami kekalahan 0-5 kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu. Kekalahan tersebut menyebabkan penyokong mengkritik FAM dan jurulatih Malaysia, B. Sathianathan. Lantas B. Sathianathan mengatakan dia bersedia untuk berundur untuk kemajuan pasukan Malaysia. Dia juga mengkritik Liga Malaysia dengan mengatakan Liga Malaysia bukan kejohanan bola sepak yang sebenar. Akhirnya pada Februari 2009, kontrak Sathia dan pengurus pasukan Soh Chin Aun ditamatkan FAM.

Era K. Rajagopal

Semenjak K. Rajagopal dipilih menjadi jurulatih kebangsaan Malaysia pada April lalu, persediaan terarah ke Sukan SEA yang menyaksikan kemenangan ke atas Shanghai Zhong Bang 2-1 dalam perlawanan persahabatan di China dan menang 3-0 ke atas skuad Bawah 23 Singapura, Young Lions 3-0. Pada perlawanan persahabatan dengan pasukan sebaya Indonesia, Malaysia menang 1-0 jaringan Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak.[6]
Pada Sukan Asia Tenggara 2009 di Vientiane, Laos, skuad kebangsaan B-23 tidak diberikan sasaran untuk memenangi sebarang pingat. Namun skuad bimbingan K Rajagopal ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Malaysia di arena Sukan Sea apabila memenangi pingat emas di temasya tersebut. Diletakkan di Kumpulan A bersama Vietnam, Thailand, Timor Leste dan Kemboja, skuad Malaysia seolah-olah tidak berpeluang untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, apa lagi menamatkan kemarau Pingat Emas Malaysia dalam acara bola sepak. Bermula dengan kemenangan besar 11-0 menentang Timor Leste, skuad Malaysia kemudiannya tumpas kepada Vietnam pada perlawanan kedua 1-3. Kekalahan ini turut dicemari dengan insiden pergaduhan yang menyaksikan pemain Malaysia Zaquan Adha A Razak dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Korea Selatan. Kekalahan ini telah menyempitkan peluang Malaysia untuk ke peringkat separuh akhir kerana terpaksa mengalahkan pasukan pilihan, Thailand dalam perlawanan terakhir Kumpulan A. Perlawanan ketiga kumpulan A memperlihatkan pasukan Malaysia yang sedikit goyah akibat insiden perlawanan dengan Vietnam, tetapi keputusan perlawanan tetap berpihak kepada Malaysia 4-0. Dalam perlawanan terakhir menentang Thailand, Malaysia telah membuat kejutan apabila membenam juara bertahan Sukan Sea itu dengan keputusan 2-1, jaringan kemenangan Malaysia diperoleh di minit-minit terakhir perlawanan. Melangkah ke separuh akhir, pasukan tuan rumah, Laos menanti Malaysia. Terikat dengan keputusan 1-1 sehingga minit ke 80, Malaysia telah membuat dua pertukaran pemain yang membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan dua gol, lantas membenam pasukan tuan rumah Sukan Sea itu dengan keputusan 3-1. Dalam perlawanan akhir menentang Vietnam, Malaysia yang turun sebagai "underdog", berjaya menumpaskan Vietnam 1-0 dengan jaringan sendiri pemain Vietnam.
Pada kejohanan bola sepak Sukan Asia 2010 di Ghuangzhou pula, Malaysia diundi di dalam Kumpulan A bersama Krgyzstan, Jepun dan tuan rumah, China. Pada perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia berjaya membenam Krgyzstan 2-1 yang beraksi di Stadium Huadu. Pada 10 November pula Malaysia kalah kepada Jepun 0-2 di stadium yang sama. Semasa perlawanan akhir peringkat Kumpulan A, Malaysia kalah kepada tuan rumah 3-0 tetapi tetap berjaya melangkah ke pusingan kedua. Ini juga merupakan kali pertama Malaysia melayakkan diri ke pusingan kedua dalam sejarah Sukan Asia. Namun, semasa perlawanan di antara Iran dan Malaysia, Malaysia kalah bermaruah dengan jaringan gol 3-1. Walau bagaimanapun, FAM tidak meletakkan sasaran untuk menjuarai Sukan Asia 2010, tetapi menganggap kejohanan itu sebagai tempat untuk memantapkan lagi pasukan Malaysia sebelum beraksi dalam Piala Suzuki AFF Disember itu.
Pada Piala AFF Suzuki 2010 pula, Malaysia kalah kepada Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama. Malaysia bagaimanapun layak ke peringkat separuh akhir selepas membelasah Laos dengan jaringan 5-1, disertai dengan 'bantuan' Indonesia yang membenam Thailand 2-1 semasa perlawanan akhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 secara timbal balik, dalam perlawanan di Kuala Lumpur & Hanoi pada 15 dan 18 Disember.[1] Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bakal bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember 2010 dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 peringkat pertama antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah dijaringkan oleh Mohd Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2-1 namun dengan berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bolasepak negara dengan agregat 4-2. Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun.

Bekas pemain

1950-1960-an

• Abdul Ghani Minhat
• Dali Omar

1970-1980-an

• Bakri Ibni
• Hassan Sani
• Isa Bakar
• James Wong
• Khalid Ali
• Khor Sok Leng
• Lee Kin Hong
• Lim Fung Kee
• M. Chandran
• Marzuki Ismaun
• Mokhtar Dahari
• R. Arumugam
• Reduan Abdullah
• Santokh Singh
• Chow Chee Keong
• Dato' Soh Chin Aun
• Shukor Salleh
• Syed Ahmad Abu Bakar
• Wong Chun Wah
• Wong Kam Fook
• Yip Chee Keong
• Yahya Jusoh
• Dolah Ali
• Tukiman Bahari
• Zulfifli Hamzah
• Jamal Nasir

1980-1990-an

• Abdul Rashid Hassan
• Azizol Abu Haniffah
• Dollah Salleh
• K. Rajagopal
• Khan Hung Meng
• Lim Teong Kim
• Serbageth "Shebby" Singh
• Zainal Abidin Hassan

1990-2000

• Azman Adnan
• K. Sanbagamaran
• Khairul Azman Mohamed
• Matlan Marjan
• Syahril Arsyad
• Yap Wai Loon
• Zami Mohd Nor
• Rusdi Suparman
• B. Rajnikahn

Senarai pasukan yang memenangi Piala AFF 2010 di Jakarta.

Penjaga Gol

* Khairul Fahmi Che Mat
* Mohd Sharbinee Allawee Ramli

Pertahanan

* Mohd Sabre Mat Abu
* Mohd Faizal Muhammad
* Mohd Asraruddin Putra Omar
* Mohd Razman Roslan
* Khairul Helmi Johari
* Mahali Jasuli
* Mohd Muslim Ahmad
* Mohd Fadhli Mohd Shas

Pemain tengah

* Mohd Safiq Rahim (Kapten)
* Amar Rohidan
* Mohd Khyril Muhymeen Zambri
* K. Gurusamy
* S. Kunanlan
* Mohd Amri Yahyah
* Mohd Faizal Abu Bakar
* Mohd Amirul Hadi Zainal

Penyerang

* Norshahrul Idlan Talaha
* Mohd Safee Mohd Sali
* Izzaq Faris Ramlan
* Mohd Ashaari Shamsuddin

Penampilan terbanyak- Soh Chin Aun (252)
Penjaring terbanyak -Mokhtar Dahari (125)
Stadium -Stadium Nasional, Bukit Jalil
Ranking tertinggi FIFA- 75 (Ogos 1993)
Ranking terendah FIFA -170 (April 2008)